Tuesday, December 25, 2012

Lahiriah si Gadis

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Hurul Ain (bidadari syurga) adalah saingan terbesar bagi wanita. Kecantikan lahiriah yang mereka miliki sudah tentunya melonjakkan rasa seronok bagi lelaki untuk ke syurga. Bayangkan perasaan si isteri saat mengenangkan sudah ada bidadari yang menanti suaminya untuk dilayani dengan penuh rindu dan setia. 


Semua isteri pasti berniat mahu dinikahkan semula oleh Allah dengan suami di syurga. Adakah si Hurul Ain penghalang utama? Masih utamakah kedudukan mereka di syurga? Bagaimana dengan status wanita dunia yang sering dikaitkan dengan perhiasan dunia oleh satu hadith. 


Perasaan cemburu mestilah ada. Wanita rasakan yang mereka tiada peluang menandingi Hurul Ain di syurga walau mereka tahu, mereka juga beroleh nikmat cinta di syurga. Tapi, muslimah tak perlu risau. Kenapa?

Rasullullah s.a.w. sendiri pernah menceritakan tentang peluang ini.Mari kita teliti sebahagian daripada perbualan antara Rasulullah dengan salah seorang isterinya, iaitu Ummu Salamah, sepertimana diriwayatkan oleh At-Thabrani.

“ Wahai Rasullullah , manakah lebih utama , wanita dunia atau bidadari syurga bermata jeli ?”

“ Wanita-wanita dunia lebih utama daripada badadari-bidadari bermata jeli seperti kelebihan sesuatu yang tidak kelihatan dengan yang kelihatan.

“ Kenapa wanita dunia lebih utama daripada mereka ?” 

“ Kerana solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah . Allah meletakkan cahaya pada wajah mereka, tubuh mereka dari kain sutera kulitnya putih bersih,pakaiannya berwarna hijau perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sikatnya diperbuat daripada emas. Mereka berkata : Kami hidup abadi dan tidak akan mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”

“ Wahai Rasullullah, kalau wanita pernah bernikah dua, tiga atau empat lelaki lalu dia meninggal dunia.Dia masuk syurga dan mereka juga masuk syurga. Siapakah antara lelaki itu yang akan menjadi suaminya di syurga?”

“ Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih,lalu dia pun memilih siapa antara mereka yang akhlaknya paling bagus. Lalu ia berkata: ‘Wahai Tuhanku,inilah lelaki yang paling baik akhlaknya tatkala hidup bersamaku didunia.Maka nikahkanlah aku dengannya.Wahai Ummu Salamah,akhlak yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan- dunia dan akhirat.”

Subhanallah. Maha Suci Allah yang meletakkan wanita-wanita dunia yang berjaya menghuni syurga lebih utama daripada bidadari-bidadari syurga. Malah bidadari-bidadari menjadi khadam mereka di syurga. Solat, puasa dan ibadah yang didirikan adalah amalan yang akan meletakkan kita di taraf tersebut.


Penulis ternyata tersenyum lebar setelah menemui hadith ini dan berpeluang berkongsi dengan pembaca di luar sana. (link)

Tapi ingat, ada satu hadith soheh Riwayat Bukhari dan Abu Daud yang bermaksud:

"Kelak akan ada dari umatku beberapa kaum yang menghalalkan zina, sutera, minuman keras dan muzik."
(HR. Bukhari dan Abu Daud)
Kecantikan lahiriah hanya sementara. Nilaian cinta atas paras rupa itu takkan kekal. Wallhua'lam.  








No comments:

Post a Comment

Biarkan komen anda tertanam dan tumbuh mekar di laman ini..Syukran :D

Watermelon