Saturday, February 23, 2013

Cinta tak perlu dicari

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Ada orang mesej saya, mengadu yang ibu bapanya tidak membenarkan dirinya bertunang dengan kekasihnya buat masa ini. umurnya baru 19tahun.

Kepada yang berkongsi masalah yang sama, ini nasihat saya:

Ada benarnya kata2 ibu ayah anda itu sebenarnya.

Saya sendiri ketika meminta untuk berkahwin kala umur 18tahun, Ummi Abah saya suruh saya membesar dan belajar cari duit. Memang rasa berat, sebab hati dah membuak-buak rasa nak kahwin.


Tetapi saya semat di dalam hati, bahawa ikut nasihat Ummi Abah, insyaAllah ada barakahnya. Maka saya sambung belajar ke Jordan dan belajar juga cari duit.

Pada umur saya 21tahun, setelah saya berjaya cari sedikit duit(tunjukkan usaha dan buat perancangan rapi) serta pelajaran saya juga stabil dan meyakinkan, barulah Ummi Abah saya mempertunangkan saya dengan kekasih hati saya. Itu pun, selepas bertunang, saya buat lagi kertas kerja untuk tunjuk pada Ummi Abah macam mana saya nak kahwin nanti, belanjanya, macam mana nak sara hidup, dan sebagainya.


Ketika saya berumur 22tahun, rasa nak awalkan perkahwinan kembali membuak-buak. Saya usaha juga nak kahwin tahun itu. Namun Ummi Abah berat nak benarkan kerana saya masih belajar di Jordan, sedangkan kekasih hati saya masih belajar di Malaysia.

Walaupun saya boleh aja angkat argument fasal Nikah Khitbah(Nikah gantung) dan betapa syara'nya mempercepatkan nikah, saya menganggap bahawa hajat Ummi Abah saya juga bukan sesuatu yang melanggar syara'. Maka saya kukuhkan hati, bersabar, berdoa agar dengan mentaati Ummi Abah saya, Allah akan turunkan barakahNya.

Pada umur saya 23tahun, barulah saya bernikah setelah kumpul lagi sikit duit dan perkemaskan perancangan hidup serta habis belajar.

Alhamdulillah, hari ini hidup saya tenang. Allah permudahkan macam-macam untuk saya. Isteri saya pun bakal melahirkan anak. Saya juga tidak hidup berhutang. Ada pekerjaan sendiri dan kewangan yang alhamdulillah kukuh untuk menyara keluarga saya sendiri tanpa perlu menagih bantuan Abah Ummi dan orang lain, atau berhutang dengan bank dan sebagainya.

Semuanya insyaAllah, berkah kesabaran, kegigihan, dan paling penting, ketaatan kepada Ummi Abah.

InsyaAllah, saya sentiasa yakin, kalau kita mampu mempersembahkan sikap yang bertanggungjawab, akhlak yang baik, gigih usaha sara diri, ada perancangan yang rapi, Ummi Abah kita tidak akan terlalu sukar nak bantu urusan perkahwinan kita.

Lambat sikit kahwin tak apa. Moga kekal lama dengan persediaan kita yang lebih rapi. Dari tergesa-gesa membina rumahtangga, kalau bukan bercerai pun, merananya berhari-hari.

Bersabarlah. Dalam kesabaran itu ada peningkatan buat diri kita insyaAllah.

sumber di-copy-paste : (Link)


Petikan kalimah Allah dalam surat An-Nisa': 1 yang bermaksud:
"Dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya Allah memperkembangkanbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak."



No comments:

Post a Comment

Biarkan komen anda tertanam dan tumbuh mekar di laman ini..Syukran :D

Watermelon