Sunday, September 23, 2012

Wanita isi neraka?


بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Masih ingat pada 4 perkara yang membawa seorang wanita itu ke pintu syurga?
Iaitu bilamana dia menjaga solatnya, puasana, kemaluannya dan taat kepada suami. 

Si penulis sentiasa diingatkan masyarakat,..
Bersyukurlah kamu wanita kerana kamu sangat istimewa..
Alhamdulillah, syukurlah jika semua pembaca masih ingat dengan empat perkara ini.
Sekurang-kurangnya 4 perkara ini dapat dijadikan panduan untuk membina setiap langkah ke syurga Allah.

Berbalik pada tajuk entri.
Wanita isi neraka?

Saidina Ali Karramallahahu wajhah berkata, ‘saya dengan Fatimah menghadap Rasulullah SAW, kami dapati baginda sedang menangis, lalu kami berkata kepadanya,
‘Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?’, Baginda menjawab, ‘Pada malam aku diisrakkan hingga kelangit, di sana aku melihat perempuan-perempuan dalam keadaan azab yang amat dahsyat, dengan itu aku menangis bila mengenangkan azab yang diterima oleh mereka.
Mari klik di sini..
Di sini ada sedikit perkongsian, juga tentang 4 perkara...
4 perkara yang menarik wanita itu menjadi makanan neraka Allah.
  • Perempuan yang jahat mulutnya atas suaminya.
  • Perempuan yang buat suaminya tidak mampu / meminta sesuatu dari suaminya yang tidak mampu dibuat/dibeli oleh suaminya.
  • Perempuan yang tidak mahu menutup dirinya daripada lelaki(bukan muhrim)
  • Perempuan yang cita-citanya tak ada. (hidup untuk makan dan seronok-seronok)

Sungguh, kami sedih dengan keadaan neraka Allah yang isinya adalah wanita.


No comments:

Post a Comment

Biarkan komen anda tertanam dan tumbuh mekar di laman ini..Syukran :D

Watermelon